Khamis, 28 November 2019

BAKA TERNAKAN LEMBU INTEGRASI DI LADANG ANGAH AGRO FARM


BAKA JANTAN : BRAHMAN


BAKA JANTAN : KEDAH KELANTAN





LEMBU BETINA : BRAHMAN



LEMBU BETINA : KEDAH KELANTAN







BAKA LEMBU TENUSU DI LADANG LEMBU ANGAH AGRO FARM.

BAKA LEMBU TENUSU : NORMANDY


Pemilihan Ternakan

A. Asas Pemilihan

ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran.  Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:-
  • Permintaan / keperluan pasaran
  • Penetapan berat awal.
  • Peningkatan berat badan
  • Sasaran berat akhir atau berat jualan.
         
B. Baka dan Jantina
 
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :
Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk penternakan fidlot adalah jantan sahaja. Bagaimana pun, lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga boleh dan telah terbukti memberikan pulangan yang baik.

C. Umur dan Berat Badan
 
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut :



Jadual 2 menunjukan contoh penentuan pemilihan ternakan fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan berat badan dan  target berat akhir (baka import atau kacukan).

 Berat Awal (kg)

Peningkatan Berat Badan Harian (kg/hari)
Tempoh Pemeliharaan (hari)
Berat Akhir (kg)
 200
 0.8
 180
 344 
 250
 0.8
 120
 346
(Nota : Peningkatan berat badan harian tertakluk kepada baka ternakan, pemakanan dan berat awal)

D. Status Kesihatan

Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan telah disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama :

Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil pengiktirafan kesihatan atau bebas penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
  1. Baka import. Contoh : Australian-Brahman, Droughmaster, Shorthorn danBaka import. Contoh : Australian-Brahman, Droughmaster, Shorthorn dan Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK).Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore. Jantina lembu yang sesuai untuk penternakan fidlot adalah jantan sahaja.  Bagaimana pun, lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga boleh dan telah terbukti memberikan pulangan yang baik.
    Umur antara satu hingga satu setengah tahun.Berat awal antara 200 - 250 kg (baka import atau kacukan) dan 150 – 200 kg (baka tempatan atau KK).Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki).
     Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.
  2. Pastikan lembu adalah bebas dari infestasi kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing.  
  3. Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan.
     
APAKAH CIRl-CIRI KANDANG YANG BAIK ?
  • Mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan
  • Mempunyai sistem longkang dan buangan yang teratur
  • Palung makanan dan air yang teratur dan mudah dibersihkan 6
  • Keluasan lantai yang mencukupi - untuk seekor lembu ibu tenusu memerlukan ruang berdiri tidak kurang dari 24 kaki persegi (6' x 4').
  • Mempunyai sistem pengudaraan yang baik   
BAGAIMANA PULA DENGAN LEMBU ?
Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL
Lembu-lembu ini boleh didapati menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dengan harga $1100.00 seekor. Penternak boleh juga mendapatkan sendiri menerusi lain-lain penternak yang ingin menjual lembunya mengikut harga pasaran semasa.
APAKAH SISTEM PENGURUSAN YANG BOLEH DIPRAKTISKAN ?
  • Sistem semi-intensif
    Jika terdapat kawasan ragutan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya, sistem ini adalah sesuai. Lembu meragut di siang hari di kawasan ragutan dan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi.
  • Sistem intensif
    Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan dan lain-lain makanan tersedia di kandang sepanjang masa.
APAKAH KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU ITU ?
Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:
  • Membersihkan lembu dan kandang
  • Memerhati perlakuan lembu, mencatat lembu yang tidak sihat atau berahi
  • Memberi makan (rumput, dedak dan garam galian) dan minuman yang cukup.
  • Memerah dan menghantar susu ke PPS
  • Mendapatkan rumput atau mengawasi lembut meragut
MENGAPA MAKANAN YANG MENCUKUPI DAN BERMUTU ITU PENTING ?
Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari.
Secara kasar lembu perlukan makanan untuk sara-hidup, pengeluaran (susu atau daging) dan juga untuk membiak. Bila bekalan makanan tidak mencukupi lembu pertamanya akan mengalami masalah membiak, kemudian rendah pengeluaran susu dan seterusnya menjadi kurus dan tersiksa.
MENGAPA LEMBU TENUSU PERLU DIBIAKKAN ?
Lembu tenusu perlu membiak dan beranak sebelum ianya mengeluarkan susu. Kelewatan lembu beranak semula menyebabkan jangka masa kering yang panjang dan akan menjejas sumber hasil usaha peternakan.
Untuk mempastikan lembu anda dapat membiak dengan sempurna sila tentukan permakanan yang cukup dan lembu tersebut dikahwinkan atau disuntik secepat mungkin selepas beranak.
ADAKAH PENGESANAN BERAHI (TANDA BIANG) ITU PENTING ?
Ya. Amat penting.


Lembu-lembu hanya akan kahwin atau boleh disuntik bila berahi. Pusingan berahi pada keadaan normal akan memakan masa 3 minggu. Kelalaian dalam mengesan berahi ini akan menyebaLkan lembu lewat dikahwinkan, anak berikutnya lewat diperolehi dan laktasi seterusnya lambat bermula. Ini adalah merugikan.